Tuesday, October 27, 2009

Reviving SessioN


Panas giler malam ni,walaupun dkat vista sidebar aku menunjukkan 26c,panasnye..dhla internet mcm siput sedut,malasnye..hr jumaat ni ade paper nak kene jawab lg,bencinye aku lg nak habis belaja,lg bertambah pemalas yg tahap cipan..xtaula apsal..
Layan giler "Assassins Tango" lg ni lagu John Powell,from "Mr. & Mrs. Smith" punye soundtrack..layan dan menghiburkan hati dan menenangkan otak aku yang semakin bercelaru dengan benda-benda yang sepatutnye aku pk..
arrgh..aku nak study,bgla aku ketenangan..serabut giler..tlgla hujan,aku dh kepanasan ni..



bosan2 sampai amik gambar sidemirror L5 yg baru pasang kat kancil kesayangan aku..hahaha,bile la agaknye aku nak masuk turbo kat die,xlarat dh enjin 2..

Monday, October 26, 2009

Graduating...


Seleps berhempas pulas aku selama 4 tahun,akhirnya dh nak grad jugak aku..thanks kpd sume yang byk bg aku support sepanjang ni..walaupun aku tpakse meng'extend'kan sem aku disebabkan aku terlupa amik BM..WTF!!!!,hahaha..tp xpe selamba je gua hadap...otak aku dh lega giler rasa mcm sekeor gajah dh kuar dr kepala aku,thesis dh setel,presentation pn dh setel...segala2nye setel,cume skang nk jawab final je..alhamdullilah smalam dh setel aku py econs subjek yang aku sendiri apa tujuan aku belaja,kalo dapat A la,bolehla aku lg PM wat belanjawan tahun depan, 2011!!!!..kalo la aku dberi peluang buat belanjawan,nescaya aku akan kurang kan rege rokok..berita baik untuk semua perokok tegar,hahahaha..bukan ape aku rasa mcm xpatut jek naikkn je rege rokok,sbb aku rase mcm xde kesan je naikkan,smakin ramai je aku tgk perokok..pendapat aku,xpayah la naikkan,staykan tp cube wat rokok 2 jd xsdap,mcm kurangkan nikotin ngn tar supaya rasa jd xbest and then org akan bhenti..sepupu aku dr turki balik sini,hisap rokok dunhill cni,trus demam 3 hari beb,bayangkan la..kita kt cni chill je,siap boleh wat bulat2 lg asap..ni member baru kene 3 pam dh 'wink' mcm ape ntah,hahaha..

Aku tau MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN,tetapi pihak kerajaan perlu mengambil satu inisiatif untuk mengurangkan kadar perokok,bukan mengambil kesempatan ke atas jumlah perokok yang semakin banyak kat negara ni,tp aku xsalahkan kerajaan sbb ini salah satu pendapatan negara kot,apa2 pun, LU PIKIRLA SENDIRI!!!!!

Thursday, July 16, 2009

MaLam JumaaT KeLiwon


Malam ni punye cter keliwon bapak klakar..xleh blah hantu laut bleh tangkap cintan ngn org biasa...dhla awek hantu laut bapak "hot",mcm 2 baik aku jadi hantu lau jek...!!!!aku pn xsangka mcm mana aku bleh tgk cter hantu yang xmasuk akal ni,setelah kepenatan,bercendana di seremban...tis week,aku dh mula untuk meningkatkan kadar kerajinan aku ntuk ke kelas,walaupun tahap kemalasan aku terus menerus berkadar langsung dengan kerajinan aku..internet pn makin lama makin slow aku pn xtau,pakai broadband slow..pakai wired pn slow gak,kemungkinan anasir torrent telah meluas memakan bandwidth rumah aku menyebabkan aku tersiksa untuk online,nak bkak "yahoo" pn sempat hisap rokok setengah batang!!!!!pergh!!!tension2...pada malam jumaat rejab ni,diharapkan rezeki aku makin2 bertambah...alhamdullillah..AMIN...

Monday, July 13, 2009

New Semester,Final Semester and A New Hope..


akhirnye,setelah bersusah payah giler2..bjaya jgk aku sampai kat sem last pgajian aku kat uniten ni..xsabarnye aku nk grad beb!!!!!sem ni aku bjaya membuatkan diriku sebagai truly student kat UNITEN dengan memnuhkan jadual aku dgn kredit maksimum...dahsyat giler!!!!...alhamdulillah,rezeki aku makin murah dengan berjaya dengan perniagaan aku...berjaya jgk aku memiliki segala apa yang aku idamkan...yg terbaru..MacbooK prO 2.4 Unibody berjaya dalam genggaman aku...hehehehe..lama dh aku xupdate blog ni sbb lately tersangat2 la busy dgn business aku...doakanlah aku berjaya menjadi graduan tahun ini!!!!

Thursday, April 9, 2009

La..La...La..Kerjalah..!!!!


diam x diam dh seminggu aku membuang masa dengan terhormatnye kat UUP ni,walaupun byk masa dihabiskan di bilik "bunuh diri" and bilik jurumekanik menonton "air crash investigator" kat channel National Geographic....inilah fenomena yg akan terjadi jika buat internship ngn government...lepak..lepak..lepakk...walaupun keje aku kat cni melepak je..tp aku gagak kagum jgk ngn mentaliti pegawai2 polis yg keje kat cni,sume sempoi jek..xkirela dr rank konstabel sampaila ke ACP sume bapak best!!!!diorg x kedekut ilmu walaupun aku ni xde langsung pengetahuan dlm bidang aviation ni..terasa jgkla diri aku ni sampah yg layak untuk basuh aircraft jek hari2...tp xkira la..nama pun intern,datang nk blajar...redah jela beb...dlu mula2 aku wat peluang intern kat cni sebagai insurans aku jek..sbb dh nk dekat dateline nk submit confirmation form for internship,UUP je yang dh bg surat confirmation kat aku..nk harapkan company2 len,sume cam HARAM..lambat gile wat keje..bile aku dh masuk cni barulah heboh nk hantar surat,pas2 nk immediate suh lapor diri...pening2!!!!

p/s: gambar kt atas bukan gambar kt hangar,aku amik kt wikipedia jek...sume gambar2 kt hangar SULIT

Thursday, April 2, 2009

3 MonTh Internship





start this monday,6th June..aku dh start internship kt cni...UNIT UDARA PDRM, actually,aku sebenarnye pn xtau ape yang aku kn wat and ape patut aku wat kt cni...blur2!!!!janji dpt intern sudah..inilah padahnye lari dr scholar...aku xnk g sarawak!!!!aku serik dh....walaupun intern ngn PDRM seumpama aku bg tenaga aku for free..tp xpela aku bersyukur sgt2..dkat ngn umah sewa aku..n boleh berfoya2 n sambung bisnes aku yg semakin meningkat maju...."
Majulah Aku untuk Diriku"

walaupun final exam yg aku harapkan dpt merubahkn kedudukan akademik aku bertukar menjadi sebaliknye...kesusahan paper control 2 berjaya membuat aku pening sampai pitam untuk 6 jam lamenye..DAMN!!!!!..harap2 lecturer kesayanganku bolehla hendaknye membantu insan2 yang lemah mcm aku nie...PLZZZZZ!!!

Memandangkan azan zohor dh berkumandang di belakang rumah,terpaksa la aku menamatkan penulisan ni..hari ni jumaat ni,aku bukan musafir pun..kan x pasal2 aku jd muKAFIR....

Tuesday, March 17, 2009

My 24th Birthday....


Betapa gembiranya hati aku mendapat tahu,aku semakin tua..hehehehe..selamat harijadi kepada diriku,hahaha..diam x diam,dh 24 tahun aku hidup kt atas muka bumi ni...jambang pun makin tebal,(dlm misi mengalahkan jambang lecturer Control 2 aku,Mr Syed Khaleel)..dh lama aku menyepi dr post ape2 kt cni (aku mula terasa khidmat aku diperlukan,walaupun byk lg komitmen yg aku kn wat..!!!)
1) sebabnye..aku lupe pass nk sign in blog aku,then aku malas nk request..segala2nye malas...
2)busy ngn fyp aku,py la aku menghambakan diri kat fyp skali time present kn smash kaw2 ngn Prof.Zaini...damn!!!!..mmg rasa nk "ong bak" je kepala beliau yg ala2 "Long Kai" watak dlm komik Raja Rimba..nasib baik advisor aku yg cun, Dr.Yap backup gua baik punyer!!!!....thaNks dr....

Next week,aku dh start final dh...siot py UNITEN,mcm mana ntah wat timetable..aku dpt 2 paper dlm 1 hari,ni dh kes aniaya ni...aku terpaksa bertapa lagi nampaknye...Lpas final plak,dh nak kene g intern plak..ni satu lg bende yang wat aku tersangat2 la pening kepala..
1)SHELL nk antar aku g Miri..dhla 3 bulan beb..masak aku!!!!
2)Dpt intern kt EMERSON,jauh plak kt Nilai...mana aku nk duduk ni????
3)Dpt intern kt BRUNSFIELD, company CIVIL plak..aku ni blaja EE,aku pn xde idea apa aku nk wat kat sana???
4)Dpt intern kt SB Orientalworks Piling..tsangatla jauh kat Gelang Patah,xde sedara mara kt sana..xkan aku nk bwh khemah duk camping depan kilang????

To ALL UNITEN students,aku ucapkan GooD Luck for FINAL!!!!!!!

Sunday, February 1, 2009

Pagi Yang GeLap..


"Pagi yang gelap kini sudah terang..aku adikmu dan engkau abang,ku amat merindui kamu..."..kalo nak ikutkan kirik ni,len mcm je beb bunyi die,tapi lantakla janji layan..aku mengalami sindrom malas ke kelas yang amat kronik..sungguh malas rasenye,biasela last2 sem ni,xsabar aku nk hbs belajar,bapak malas tahap gaban..gaban pun rajin menyelamatkan dunia,x macam aku yg malas walaupun berjalan untuk buka pintu bilik..duk bilik yang sejuk dan gelap mcm gua,memeang menyeronokkan..dhla skang panas giler,bleh jd nigga beb kalo g class...selamat pagi dn malam untuk semua,dengan ini saya penyimpan mohor2 besar duli yang maha mulia sultan nazmi mengisytiharkan cuti umum pada 2/02/2009.....

Wednesday, January 21, 2009

RoKoK,RokOk..& RokoK

Utamakan pasangan yang tidak merokok
Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin MENGUTAMAKAN pasangan yang tidak merokok.

Ini berdasarkan Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur yang MENCACATKAN.

Ini atas beberapa alasan;

1. Perokok sentiasa melakukan perkara yang ditegah oleh agama iaitu MEROSAKKAN DIRI. Majoriti para ulama zaman ini mengharamkan rokok.
2. Perokok bukan sahaja MEMBAHAYAKAN diri, tetapi juga keluarga; isteri dan anak-anak yang akan terhidu asap beracun rokok. Sepatutnya ibubapa melindungi anak dan keluarga, bukan membahayakan mereka.
3. Ramai perokok yang TIDAK MENJAGA KEBERSIHAN. Bahkan rokok itu sendiri mengotorkan diri. Di samping betapa banyak tandas dan kemudahan awam lain rosak atau cacat disebabkan kesan rokok yang dihisap oleh penggunanya. Ciri yang seperti ini kurang baik bagi seseorang bapa atau ibu yang akan mengepalai keluarga dan rumahtangga.
4. Rokok adalah PEMBAZIRAN. Ramai perokok yang ketagihan sanggup utamakan membeli rokok daripada pemintaan keluarga atau keperluan keluarga yang lain. Mereka berkira untuk perkara-perkara yang baik atau perlu, tetapi lupa diri atau ringan tangan untuk membeli sekotak rokok yang sentiasa meningkat harganya.
5. Merokok adalah contoh yang tidak baik untuk anak-anak. Maka perokok MENCACATKAN CIRI-CIRI KEIBUBAPAAN. Justeru, ramai anak perokok turut merokok samada setelah dewasa atau sebelum cukup dewasa.


credit to http://drmaza.com/home/?p=468

bagusla cadangan ni..mcmane plak untuk lelaki,skang ni peratusan pompuan yang merokok pun banyak jgk...

Band Of The Month...


Butterfingers - Kembali

Album ni pada aku tersangatla unik..walaupun sangat berbeza dengan album2 diorg yang terdahulu, tetapi mutu and kualiti musik diorg memang best, gabungan muzik etnik n rock..cayala!!!!!!...aku bg rating kat album ni 4 STARS...Disini aku memberi korg peluang untuk pra dengar album ni, tp make sure korg beli and dapatkan yg original..sokongla muzik tempatan,band2 Malaysia lg better and bagus dr band2 luar...HIDUP BUTTERFINGERS!!!!

Myspace Butterfingers

DOWNLOAD

My January Desktop

Untitled

I proudly present My January desktop...normal mod for Vista,,,and this is the last day for my laptop using Vista..i'm sick of it..susah giler aku nak men game,main FIFA Online pun,bile player lari mcm spongebob kene sawan susah giler...BYE-BYE VISTA!!!!!

January Desktop

Ni the original Vista Home basic yang dapat sekali ngn laptop aku..walaupun software ni original,siap license lg..aku tetap x berpuas hati dgn OS ni...byk gile cter,nk delete file pun susah haram...

Tuesday, January 20, 2009

MeLaKa MajU JaYa

Jambatan Melaka-Sumatera diteruskan

KUALA LUMPUR 19 Jan. – Dua projek mega yang dirancang di Melaka boleh dimulakan pada bila-bila masa sebagaimana dipersetujui oleh kerajaan negeri menerusi pembiayaan inisiatif swasta (PFI), kata Ketua Menterinya, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Katanya, dua projek mega iaitu pembinaan aerorel dan jambatan menghubungkan Melaka ke Sumatera, kini boleh dijalankan selepas kelulusan diberi oleh agensi kerajaan bertanggungjawab.

Menurutnya, kerajaan negeri pada dasarnya telah bersetuju untuk meneruskan projek itu melalui PFI dan terserah kepada pemaju untuk menyegerakannya.

“Bagi pihak kerajaan negeri dan kerajaan Pusat, secara teknikalnya tiada sebarang masalah tentang bila nak mulakan projek itu, cuma sekarang bergantung kepada syarikat berkenaan,” katanya dalam ucapan sempena ulang tahun ke-50 Kumpulan LCP di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan LCP, Tan Sri Cheng Pow serta ahli-ahli lembaga pengarah.

Menurut Mohd. Ali, pembabitan Kumpulan LCP dalam dua projek itu perlu disegerakan terutama dalam pembinaan aerorel.

Malah katanya, jika aerorel dapat disiapkan dengan segera, beliau percaya ia mampu dapat mengurangkan kesesakan jalan raya yang ketika ini sesak terutamanya dari Ayer Keroh ke pusat bandar.

Tambahnya, kesesakan menjadi semakin teruk apabila tiba musim cuti hujung minggu dan juga cuti perayaan.

“Oleh itu, saya berharap ia disegerakan malah saya turut diberitahu Kementerian Pengangkutan tidak berdepan masalah untuk meluluskannya secara teknikal,” katanya

Aku agak tertarik ngn artikel yang aku baca ni..tujuan aku bukan untuk mebuat satu provokasi,cume untuk luahan hati seorang manusia yang telah hidup di Melaka selama 24 tahun...(masuk tahun ni la...)..aku mula2 agak heran gakla kenapa la KM gegile sangat nak wat jambatan ni,agak x masuk akal jgk..satu,jauh gile nak wat..baudget mesti besar punye,lagipun xdtg faedah nye..AirAsia tambang murah setiap hari beb,sampai mat2 indon yang keje ngn ayah aku pun boleh balik indon 2 bulan sekali,adakah dengan terbinanya jambatan ni byk lg indon2 yg boleh sesuka hati masuk sini dan menjadikan Melaka seperti Jakarta yang penuh sesak dgn mat indon beseluar bwh besar yang budget diorg otai kat sini????Pikirkan wahai KM,aku rasa die pun xde sedara mara kat sebelah sana,nk g wat jambatan g sana nk wat apa?bantula rakyat Melaka yg makin lama makin sesak disebabkan byk kilang2 melaka yang ditutup akibat polisi negeri pelancongan beliau...Byk lg tarikan pelancongan yg kt boleh bgnkan,bgn masuknye pelancong Indon bkn menambahkan untung,menambahkan sesak lg la....satahu aku byk lg benda yang menarik kat melaka yg boleh bgnkan untuk jd simbol,aku ucapkan tahniah sbb melaka dpt anugerah dr PBB sebagai bandar warisan..bangga aku sbg anak jati Melaka

Arsenal..Oh..Arsenal


Ni club faveret aku since aku sekolah rendah lg,ingat lg time first match aku tgk..time tu Ian Wright score,bapak otainye..aku paling suke masa part die celebrate,pusing2..kalo aku diberi badan mcm 2,bapak bestnye..tp apa nak wat,aku akur dengan kejadian tuhan yang amat sempurna ni..walau apa pun,aku bersyukur...Lately,semangat sokongan aku kian pudar,bak kata Mawi "Kian Jauh,Kian Hilang..Kasih Antara Kita",dengan Wenger yang agak kedekut beli player,aku pun xtau apa dlm otak die,aku ni manager Arsenal 3 season berturut menang treble...(dlm FM la tapiiii.....),Arshavin punye deal pun 50-50,dgn key player injured,aku agak kalo die xdapat beli Arshavin maybe die akan suruh coach train Eboe jd playmaker pasni..hahaha,Faizal Ismail versi "hitam"...Aku kagum ngn Manchester City py owner,sanggup 2 bid 100million++ pound for Kaka,walaupun xdapat..pada aku investment dlm EPL mmg byk bwk duit ooo...kalo la ditakdirkan aku jd mcm Thaksin,aku beli gak satu kelab kt EPL..sama2 la doakan yer..aku berharap sgt,dh lama Arsenal x menang ape2,walaupun aku tahu season ni,Arsenal mungkin x kan menang ape2..LONG LIVE GUNNERS!!!!

Recovery Session


Akhirnya...aku berjaya jugak buat blog walaupun dh lama giler dh aku duk baca blog org lain..this week mmg agak mencabar wat aku dgn progress report yang x ber"progress" langsung ditambah plak ngn test thermo yang mcm haram, sgt2 la x patut bg budak EE mcm aku tg bodo giler pasal mechanical eng. untuk amik thermo, di tambah plak ngan lecturer yg "lem". Menyesal giler aku amik ngn arab nomad ni!!!!!!!argh!!!!Lagu ni aku dedicate kat sume yang mengalami situasi jiwa kacau macam aku yang kelam kabut lagi membosankan sambil memaki hamun anak-anak jiranku yang xreti nak tido...




Bunkface - Situasi
DOWNLOAD