Tuesday, January 20, 2009

MeLaKa MajU JaYa

Jambatan Melaka-Sumatera diteruskan

KUALA LUMPUR 19 Jan. – Dua projek mega yang dirancang di Melaka boleh dimulakan pada bila-bila masa sebagaimana dipersetujui oleh kerajaan negeri menerusi pembiayaan inisiatif swasta (PFI), kata Ketua Menterinya, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Katanya, dua projek mega iaitu pembinaan aerorel dan jambatan menghubungkan Melaka ke Sumatera, kini boleh dijalankan selepas kelulusan diberi oleh agensi kerajaan bertanggungjawab.

Menurutnya, kerajaan negeri pada dasarnya telah bersetuju untuk meneruskan projek itu melalui PFI dan terserah kepada pemaju untuk menyegerakannya.

“Bagi pihak kerajaan negeri dan kerajaan Pusat, secara teknikalnya tiada sebarang masalah tentang bila nak mulakan projek itu, cuma sekarang bergantung kepada syarikat berkenaan,” katanya dalam ucapan sempena ulang tahun ke-50 Kumpulan LCP di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan LCP, Tan Sri Cheng Pow serta ahli-ahli lembaga pengarah.

Menurut Mohd. Ali, pembabitan Kumpulan LCP dalam dua projek itu perlu disegerakan terutama dalam pembinaan aerorel.

Malah katanya, jika aerorel dapat disiapkan dengan segera, beliau percaya ia mampu dapat mengurangkan kesesakan jalan raya yang ketika ini sesak terutamanya dari Ayer Keroh ke pusat bandar.

Tambahnya, kesesakan menjadi semakin teruk apabila tiba musim cuti hujung minggu dan juga cuti perayaan.

“Oleh itu, saya berharap ia disegerakan malah saya turut diberitahu Kementerian Pengangkutan tidak berdepan masalah untuk meluluskannya secara teknikal,” katanya

Aku agak tertarik ngn artikel yang aku baca ni..tujuan aku bukan untuk mebuat satu provokasi,cume untuk luahan hati seorang manusia yang telah hidup di Melaka selama 24 tahun...(masuk tahun ni la...)..aku mula2 agak heran gakla kenapa la KM gegile sangat nak wat jambatan ni,agak x masuk akal jgk..satu,jauh gile nak wat..baudget mesti besar punye,lagipun xdtg faedah nye..AirAsia tambang murah setiap hari beb,sampai mat2 indon yang keje ngn ayah aku pun boleh balik indon 2 bulan sekali,adakah dengan terbinanya jambatan ni byk lg indon2 yg boleh sesuka hati masuk sini dan menjadikan Melaka seperti Jakarta yang penuh sesak dgn mat indon beseluar bwh besar yang budget diorg otai kat sini????Pikirkan wahai KM,aku rasa die pun xde sedara mara kat sebelah sana,nk g wat jambatan g sana nk wat apa?bantula rakyat Melaka yg makin lama makin sesak disebabkan byk kilang2 melaka yang ditutup akibat polisi negeri pelancongan beliau...Byk lg tarikan pelancongan yg kt boleh bgnkan,bgn masuknye pelancong Indon bkn menambahkan untung,menambahkan sesak lg la....satahu aku byk lg benda yang menarik kat melaka yg boleh bgnkan untuk jd simbol,aku ucapkan tahniah sbb melaka dpt anugerah dr PBB sebagai bandar warisan..bangga aku sbg anak jati Melaka

No comments:

Post a Comment