Wednesday, January 21, 2009

RoKoK,RokOk..& RokoK

Utamakan pasangan yang tidak merokok
Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin MENGUTAMAKAN pasangan yang tidak merokok.

Ini berdasarkan Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur yang MENCACATKAN.

Ini atas beberapa alasan;

1. Perokok sentiasa melakukan perkara yang ditegah oleh agama iaitu MEROSAKKAN DIRI. Majoriti para ulama zaman ini mengharamkan rokok.
2. Perokok bukan sahaja MEMBAHAYAKAN diri, tetapi juga keluarga; isteri dan anak-anak yang akan terhidu asap beracun rokok. Sepatutnya ibubapa melindungi anak dan keluarga, bukan membahayakan mereka.
3. Ramai perokok yang TIDAK MENJAGA KEBERSIHAN. Bahkan rokok itu sendiri mengotorkan diri. Di samping betapa banyak tandas dan kemudahan awam lain rosak atau cacat disebabkan kesan rokok yang dihisap oleh penggunanya. Ciri yang seperti ini kurang baik bagi seseorang bapa atau ibu yang akan mengepalai keluarga dan rumahtangga.
4. Rokok adalah PEMBAZIRAN. Ramai perokok yang ketagihan sanggup utamakan membeli rokok daripada pemintaan keluarga atau keperluan keluarga yang lain. Mereka berkira untuk perkara-perkara yang baik atau perlu, tetapi lupa diri atau ringan tangan untuk membeli sekotak rokok yang sentiasa meningkat harganya.
5. Merokok adalah contoh yang tidak baik untuk anak-anak. Maka perokok MENCACATKAN CIRI-CIRI KEIBUBAPAAN. Justeru, ramai anak perokok turut merokok samada setelah dewasa atau sebelum cukup dewasa.


credit to http://drmaza.com/home/?p=468

bagusla cadangan ni..mcmane plak untuk lelaki,skang ni peratusan pompuan yang merokok pun banyak jgk...

Band Of The Month...


Butterfingers - Kembali

Album ni pada aku tersangatla unik..walaupun sangat berbeza dengan album2 diorg yang terdahulu, tetapi mutu and kualiti musik diorg memang best, gabungan muzik etnik n rock..cayala!!!!!!...aku bg rating kat album ni 4 STARS...Disini aku memberi korg peluang untuk pra dengar album ni, tp make sure korg beli and dapatkan yg original..sokongla muzik tempatan,band2 Malaysia lg better and bagus dr band2 luar...HIDUP BUTTERFINGERS!!!!

Myspace Butterfingers

DOWNLOAD

My January Desktop

Untitled

I proudly present My January desktop...normal mod for Vista,,,and this is the last day for my laptop using Vista..i'm sick of it..susah giler aku nak men game,main FIFA Online pun,bile player lari mcm spongebob kene sawan susah giler...BYE-BYE VISTA!!!!!

January Desktop

Ni the original Vista Home basic yang dapat sekali ngn laptop aku..walaupun software ni original,siap license lg..aku tetap x berpuas hati dgn OS ni...byk gile cter,nk delete file pun susah haram...

Tuesday, January 20, 2009

MeLaKa MajU JaYa

Jambatan Melaka-Sumatera diteruskan

KUALA LUMPUR 19 Jan. – Dua projek mega yang dirancang di Melaka boleh dimulakan pada bila-bila masa sebagaimana dipersetujui oleh kerajaan negeri menerusi pembiayaan inisiatif swasta (PFI), kata Ketua Menterinya, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Katanya, dua projek mega iaitu pembinaan aerorel dan jambatan menghubungkan Melaka ke Sumatera, kini boleh dijalankan selepas kelulusan diberi oleh agensi kerajaan bertanggungjawab.

Menurutnya, kerajaan negeri pada dasarnya telah bersetuju untuk meneruskan projek itu melalui PFI dan terserah kepada pemaju untuk menyegerakannya.

“Bagi pihak kerajaan negeri dan kerajaan Pusat, secara teknikalnya tiada sebarang masalah tentang bila nak mulakan projek itu, cuma sekarang bergantung kepada syarikat berkenaan,” katanya dalam ucapan sempena ulang tahun ke-50 Kumpulan LCP di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan LCP, Tan Sri Cheng Pow serta ahli-ahli lembaga pengarah.

Menurut Mohd. Ali, pembabitan Kumpulan LCP dalam dua projek itu perlu disegerakan terutama dalam pembinaan aerorel.

Malah katanya, jika aerorel dapat disiapkan dengan segera, beliau percaya ia mampu dapat mengurangkan kesesakan jalan raya yang ketika ini sesak terutamanya dari Ayer Keroh ke pusat bandar.

Tambahnya, kesesakan menjadi semakin teruk apabila tiba musim cuti hujung minggu dan juga cuti perayaan.

“Oleh itu, saya berharap ia disegerakan malah saya turut diberitahu Kementerian Pengangkutan tidak berdepan masalah untuk meluluskannya secara teknikal,” katanya

Aku agak tertarik ngn artikel yang aku baca ni..tujuan aku bukan untuk mebuat satu provokasi,cume untuk luahan hati seorang manusia yang telah hidup di Melaka selama 24 tahun...(masuk tahun ni la...)..aku mula2 agak heran gakla kenapa la KM gegile sangat nak wat jambatan ni,agak x masuk akal jgk..satu,jauh gile nak wat..baudget mesti besar punye,lagipun xdtg faedah nye..AirAsia tambang murah setiap hari beb,sampai mat2 indon yang keje ngn ayah aku pun boleh balik indon 2 bulan sekali,adakah dengan terbinanya jambatan ni byk lg indon2 yg boleh sesuka hati masuk sini dan menjadikan Melaka seperti Jakarta yang penuh sesak dgn mat indon beseluar bwh besar yang budget diorg otai kat sini????Pikirkan wahai KM,aku rasa die pun xde sedara mara kat sebelah sana,nk g wat jambatan g sana nk wat apa?bantula rakyat Melaka yg makin lama makin sesak disebabkan byk kilang2 melaka yang ditutup akibat polisi negeri pelancongan beliau...Byk lg tarikan pelancongan yg kt boleh bgnkan,bgn masuknye pelancong Indon bkn menambahkan untung,menambahkan sesak lg la....satahu aku byk lg benda yang menarik kat melaka yg boleh bgnkan untuk jd simbol,aku ucapkan tahniah sbb melaka dpt anugerah dr PBB sebagai bandar warisan..bangga aku sbg anak jati Melaka

Arsenal..Oh..Arsenal


Ni club faveret aku since aku sekolah rendah lg,ingat lg time first match aku tgk..time tu Ian Wright score,bapak otainye..aku paling suke masa part die celebrate,pusing2..kalo aku diberi badan mcm 2,bapak bestnye..tp apa nak wat,aku akur dengan kejadian tuhan yang amat sempurna ni..walau apa pun,aku bersyukur...Lately,semangat sokongan aku kian pudar,bak kata Mawi "Kian Jauh,Kian Hilang..Kasih Antara Kita",dengan Wenger yang agak kedekut beli player,aku pun xtau apa dlm otak die,aku ni manager Arsenal 3 season berturut menang treble...(dlm FM la tapiiii.....),Arshavin punye deal pun 50-50,dgn key player injured,aku agak kalo die xdapat beli Arshavin maybe die akan suruh coach train Eboe jd playmaker pasni..hahaha,Faizal Ismail versi "hitam"...Aku kagum ngn Manchester City py owner,sanggup 2 bid 100million++ pound for Kaka,walaupun xdapat..pada aku investment dlm EPL mmg byk bwk duit ooo...kalo la ditakdirkan aku jd mcm Thaksin,aku beli gak satu kelab kt EPL..sama2 la doakan yer..aku berharap sgt,dh lama Arsenal x menang ape2,walaupun aku tahu season ni,Arsenal mungkin x kan menang ape2..LONG LIVE GUNNERS!!!!

Recovery Session


Akhirnya...aku berjaya jugak buat blog walaupun dh lama giler dh aku duk baca blog org lain..this week mmg agak mencabar wat aku dgn progress report yang x ber"progress" langsung ditambah plak ngn test thermo yang mcm haram, sgt2 la x patut bg budak EE mcm aku tg bodo giler pasal mechanical eng. untuk amik thermo, di tambah plak ngan lecturer yg "lem". Menyesal giler aku amik ngn arab nomad ni!!!!!!!argh!!!!Lagu ni aku dedicate kat sume yang mengalami situasi jiwa kacau macam aku yang kelam kabut lagi membosankan sambil memaki hamun anak-anak jiranku yang xreti nak tido...




Bunkface - Situasi
DOWNLOAD