Wednesday, January 21, 2009

RoKoK,RokOk..& RokoK

Utamakan pasangan yang tidak merokok
Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin MENGUTAMAKAN pasangan yang tidak merokok.

Ini berdasarkan Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur yang MENCACATKAN.

Ini atas beberapa alasan;

1. Perokok sentiasa melakukan perkara yang ditegah oleh agama iaitu MEROSAKKAN DIRI. Majoriti para ulama zaman ini mengharamkan rokok.
2. Perokok bukan sahaja MEMBAHAYAKAN diri, tetapi juga keluarga; isteri dan anak-anak yang akan terhidu asap beracun rokok. Sepatutnya ibubapa melindungi anak dan keluarga, bukan membahayakan mereka.
3. Ramai perokok yang TIDAK MENJAGA KEBERSIHAN. Bahkan rokok itu sendiri mengotorkan diri. Di samping betapa banyak tandas dan kemudahan awam lain rosak atau cacat disebabkan kesan rokok yang dihisap oleh penggunanya. Ciri yang seperti ini kurang baik bagi seseorang bapa atau ibu yang akan mengepalai keluarga dan rumahtangga.
4. Rokok adalah PEMBAZIRAN. Ramai perokok yang ketagihan sanggup utamakan membeli rokok daripada pemintaan keluarga atau keperluan keluarga yang lain. Mereka berkira untuk perkara-perkara yang baik atau perlu, tetapi lupa diri atau ringan tangan untuk membeli sekotak rokok yang sentiasa meningkat harganya.
5. Merokok adalah contoh yang tidak baik untuk anak-anak. Maka perokok MENCACATKAN CIRI-CIRI KEIBUBAPAAN. Justeru, ramai anak perokok turut merokok samada setelah dewasa atau sebelum cukup dewasa.


credit to http://drmaza.com/home/?p=468

bagusla cadangan ni..mcmane plak untuk lelaki,skang ni peratusan pompuan yang merokok pun banyak jgk...

3 comments:

  1. wah...lu sudah ada blog..bagus2...bleh aku spam kat sini...hahahhaa


    p/s: ko dah brenti isap rokok ke?

    ReplyDelete
  2. gua dah berhenti dh beb..nk jd calon suami mithali beb

    ReplyDelete
  3. hua...aku tak smoking so aku tanak lelaki smoking too. yeah yeah. asap busuk hha

    ReplyDelete